Wednesday, May 26, 2010

Manisnya Iman - Persahabatan

Assalamualaikum...
Do you have a best friend? Or a close friend?
Pernah wonder tak, kenapa kita bersahabat dengan seseorang itu? Apakah motivasi bagi meneruskan persahabatan itu? Adakah kita bersahabat dengan seseorang itu, kerana rupanya? Adakah kerana hartanya? Adakah kerana sifat kelakarnya?Kalau kerana rupa, adakah itu bermakna kalau one day, kawan kita accident and rupanya jadi hodoh, kita tak nak kawan dengan dia? Kalau kerana harta, kalau one day dia jatuh miskin, tak nak kawan dah? Kalau kerana dia kelakar, adakah kalau one day dia mengalami trauma hidup sehingga menukar sifat kelakarnya menjadi pendiam dan 'boring', dah tak best dah kawan ngan dia?

Persahabatan yang bertunjangkan duniawi berkemungkinan tidak akan kekal indah. Tetapi, kalau persahabatan itu didasarkan kepada keimanan kepada Allah, ia akan menjadi kekal dan sangat manis. Masakan tidak, tujuan kedua-dua sahabat itu adalah satu, iaitu Allah. Jika menuju Allah, persahabatan tidak akan diisi dengan sesuatu yang sia-sia, tidak akan sakit-menyakiti, tidak akan tikam belakang, tidak akan melupakan sahabat kerana kepentingan sendiri. Kenapa begitu? Kerana kita akan selalu mengharap keredha'an Allah dalam persahabatan itu. Kerana ia berdasarkan keimanan kepada Allah. Maka persahabatan akan dibajai dengan perkara perkara berfaedah, akan selalu ingat-mengingati, selalu memberi kata-kata perangsang, dan persahabatan itu tidak akan dirosakkan dengan selfishness.

Saya sangat tertarik dengan kupasan santai Saudara Hilal Ashraf (one of my favourite novelists) dalam novelnya 'Sinergi', berkenaan persahabatan. Formula persahabatan yang berdasarkan keimanan adalah 1+1=3. Kerana tanda '+' itu adalah 'iman'. Maka dua sahabat yang dihubungkan dengan keimanan tidak menjadi hanya mereka berdua, tetapi akan hadir satu lagi nilai tambah, iaitu keimanan. Maka persahabatan menjadi berganda-ganda nilainya:)

Persahabatan dalam Islam ada peringkat-peringkatnya. Peringkat yang paling tinggi adalah mencintai sahabat lebih dari diri sendiri, dan yang paling rendah (selemah-lemah ukhuwah) adalah berlapang dada dan bersangka baik.

Ada satu kisah dalam perang Yarmouk, tentang ukhuwah atas keimanan. Abdullah Ibn Mas'ud menceritakan bahawa apabila Ikrimah Ibn Abu Jahal gugur, ada lelaki yang memberinya air, tapi belum sempat air diteguknya, kedengaran suara Suhail Ibn Amr meminta air. Ikrimah berkata 'Berikan air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Kemudian, apabila pembawa air itu sampai kepada Suhail, kedengaran pula suara Haris Ibn Hisyam. Ketika itu, Suhail berkata 'Berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Kemudian pembawa air itu bergerak kepada Haris, tetapi dia mendapati yang Haris telah meninggal dunia. Kemudian dia kembali kepada Suhail, dan Suhail juga telah meninggal dunia. Dia kembali kepada Ikrimah, Ikrimah juga sudah tiada. Bolehkan kita membayangkan tahap keimanan mereka ini? Ada riwayat yang mengatakan, apabila manusia sedang nazak, kalau disuakan air 7 lautan pun, tetap tak akan hilang dahaganya. Tetapi, lihatlah Ikrimah dan Suhail, di saat nazak pun, masih melebihkan sahabat mereka. Subhanallah...

Itulah dia persahabatan atas keimanan. Apakah tahap persahabatan kita? Tepuk dada, tanyalah iman...

Monday, May 24, 2010

Kemanisan iman dalam kehidupan

Assalamualaikum semua...

Soalan lazim - apakah iman? Iman adalah mempercayai kewujudan Allah dengan sepenuh hati. Disebutkan oleh Ibnu Majah, diriwayatkan oleh Saidina Ali RA, Rasulullah berkata "‘Iman adalah mempercayai dengan sepenuh hati, mengatakannya dengan lidah, dan melakukannya dengan perbuatan".



Kita selalu dengar orang berkata, kemanisan iman, kemanisan iman. Bagaimanakah rasa manisnya iman tu? Pernah tak kita rasa? Macam mana cara nak rasa manisnya iman? Orang-orang biasa macam kita ni, boleh tak capai tahap merasa 'Iman Manis' ni? Jawabannya, boleh! Allah tak cakap pun kita tak boleh kan. Yang Allah cakap,



(Surah Al-Baqarah: 137)

"Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu)",



or in English (I find this translation easier to understand)

"If they believe the way you believe (Sahabah), they will be guided. And if they go astray, they will be in complete contradiction..."



Kita semua boleh merasai keimanan, kerana it's all up to us. Nak petunjuk, or nak berpaling?



So, bagaimana nak capai kemanisan iman? Kemanisan iman, boleh dicapai apabila segala apa yang kita buat, adalah kerana Allah Ta'ala, Lillaahita'ala. Not for any other worldly or selfish reason, but for Allah Ta'ala.

'Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita'. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi manis rasanya kehidupan kita. So start your first step now.

Saturday, May 22, 2010

7 Tingkat Neraka

Assalamualaikum...
Panasnya api kan? There was one time in the kitchen, i was trying to reach a spice bottle, over a steaming rice cooker. Being a clumsy person I am, my outstretched arm hovered directly over the steam. Ya Allah, peritnya kulit! Melecur, and sampai sekarang ada lagi parut warna dark brown on my arm. I hope my hubby does not find it ugly...

Itu baru steam dari periuk nasi, sikit pulak tu. Bayangkan api yang marak membakar di neraka Allah. Api yang dikatakan tersangat panas, ia berwarna hitam! Now, a black fire? We've never seen it, right? Setakat yang kita tahu, api yang paling panas tu, warna biru kan? Or at least, that's what my science teacher told me dulu. Tapi, since Allah yang cakap 'api hitam' di dalam Qur'an, kita wajiblah percaya.

Well, well, Qur'an never ceases to amaze me. Ada seorang pakar dari Barat (you have to excuse my weak memory, i can never remember people's names...) yang mengatakan, peringkat kepanasan api itu, menukarkan warnanya. Dari merah menjadi putih kebiru-biruan, dan kalau lebih panas lagi, ia menjadi hitam! Masya Allah.

Hari tu, saya terdengar usrah di radio IKIM.fm. Seorang ustaz ada menyebut yang Neraka ada 7 tingkat. Dan setiap tingkat telah dikhususkan siapa penghuninya.
  1. Hawiah (paling dasar) - untuk kaum Nabi Musa yang tidak beriman.
  2. Al-jaheem - untuk Musyrikin (orang musyrik)
  3. Sakkar - Orang yang tidak bersolat dan percaya pada agama selain Islam
  4. Ladzar - Orang-orang Majusi (penyembah api) dan yang seumpamanya
  5. Hutomah - Orang Yahudi
  6. Hazeez (kalau tak silap dengar) - untuk orang Nasara
  7. Tingkat paling atas - untuk kalangan orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar dan tak sempat bertaubat apabila mati.

Mesti ada antara you guys readers yang hati kecilnya yang nakal berbisik "few... at least orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar, neraka yang paling atas. Mesti paling tak panas". Para pembaca yang saya kasihi atas dasar keimanan sekelian, iya, ia paling tak panas. Tapi, neraka yang paling tak panas itu, adalah berkali kali kali kali kali ganda panasnya daripada api di dunia ini. Api Hitam, can you imagine? Ada tak api hitam di dunia ni? If steam from a rice cooker hurts can you imagine being burnt in a furnace of black fire? Astaghfirullah.

And as if that is not enough, do you know macam mana Allah akan mengoptimumkan kesengsaraan dalam neraka nanti? Penghuni neraka, Allah jadikan sangat besar. Dikatakan bahawa gigi penghuni neraka adalah sebesar Bukit Uhud (batu kecil from Bukit Uhud pun, lagi besar dari gigi saya). Kenapa besar? Sebab Allah nak make sure, ada banyak kawasan tubuh untuk merasa perit siksaan. Sampai macam tu sekali? Ya, sampai macam tu sekali!

Maka insaflah semua, termasuklah saya. Astaghfirullahaladzim....

Friday, May 21, 2010

Kenapa tak takut amaran Allah?

Semua orang tahu, yang balasan ke atas dosa yang dilakukan adalah neraka yang panas membakar. But are we afraid of that warning? Warning itu adalah benar. Masakan tidak, Allah warned us in the Qur'an!

Sebagai contoh, Allah telah menyebut di dalam Surah Al-Ghaasyiyah, ayat 1-7:
  1. Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?
  2. Banyak muka pada hari itu tunduk terhina
  3. Bekerja keras lagi kepayahan
  4. Memasuki api yang sangat panas (neraka)
  5. Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas.
  6. Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri
  7. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar

At times when we are stuck at our work, siksa rasanya kan? Tu baru kerja je...

Pernah tak terminum teh panas amat? Or, terhirup sup yang baru menggelegak? Aduh, tebal rasa lidah kan? Tu baru kena lidah...

Sesekali, kalau terlepas breakfast, aduh pedihnya perut menunggu lunch. Hmm... tu baru a few hours kelaparan....

Jadi mengapa kita tak takut dengan janji siksaan Allah di neraka yang berkali kali ganda siksanya? Kenapa hati tak terkesan? Kenapa masih berani melakukan dosa?

Sebenarnya, itulah tandanya hati kita tidak hidup, hati kita mati, tidak berdegup dengan ketaqwaan padaNya. Apabila hati kta hidup dengan cahaya Allah, barulah ia berupaya merasa takut dan terkesan denagn amaran Allah.

Marilah kita bersama sama menghidupkan hati hati kita. Marilah kita basahkan hati hati kita dengan Zikrullah dan dengan mengingati Allah. Mari kita dekatkan diri dengan Allah. Sedikit demi sedikit pun tak apa, asalkan istiqamah (konsisten). Bukankah selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Dia mendekati kita?

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Thursday, May 20, 2010

Jambatan Aishah... manifestasi 'sampaikan dariku olehmu walau satu ayat...'

Bismillaahirrahmaanirraheem...

Assalamualaikum and Hi all...
Syukur Alhamdulillah, terciptanya blog ini Insya Allah membawa saya selangkah lebih dekat dengan impian hati untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah seorang khalifah Allah yang kerdil. Not a da'ee per se, but i believe nevertheless that every Muslim can and must do his/her part in spreading the teachings of Islam, the most beautiful thing ever existed.
Via this blog, I will try my best to share with you, readers, the gems of Islamic Knowledge that I manage to pick along my life journey as an ordinary person seeking His Grace and Magnanimity.

Semoga usaha saya mendapat keberkatan Ilahi....

Indulge!

Sepsyalida @ Jambatan Aishah