Wednesday, May 26, 2010

Manisnya Iman - Persahabatan

Assalamualaikum...
Do you have a best friend? Or a close friend?
Pernah wonder tak, kenapa kita bersahabat dengan seseorang itu? Apakah motivasi bagi meneruskan persahabatan itu? Adakah kita bersahabat dengan seseorang itu, kerana rupanya? Adakah kerana hartanya? Adakah kerana sifat kelakarnya?Kalau kerana rupa, adakah itu bermakna kalau one day, kawan kita accident and rupanya jadi hodoh, kita tak nak kawan dengan dia? Kalau kerana harta, kalau one day dia jatuh miskin, tak nak kawan dah? Kalau kerana dia kelakar, adakah kalau one day dia mengalami trauma hidup sehingga menukar sifat kelakarnya menjadi pendiam dan 'boring', dah tak best dah kawan ngan dia?

Persahabatan yang bertunjangkan duniawi berkemungkinan tidak akan kekal indah. Tetapi, kalau persahabatan itu didasarkan kepada keimanan kepada Allah, ia akan menjadi kekal dan sangat manis. Masakan tidak, tujuan kedua-dua sahabat itu adalah satu, iaitu Allah. Jika menuju Allah, persahabatan tidak akan diisi dengan sesuatu yang sia-sia, tidak akan sakit-menyakiti, tidak akan tikam belakang, tidak akan melupakan sahabat kerana kepentingan sendiri. Kenapa begitu? Kerana kita akan selalu mengharap keredha'an Allah dalam persahabatan itu. Kerana ia berdasarkan keimanan kepada Allah. Maka persahabatan akan dibajai dengan perkara perkara berfaedah, akan selalu ingat-mengingati, selalu memberi kata-kata perangsang, dan persahabatan itu tidak akan dirosakkan dengan selfishness.

Saya sangat tertarik dengan kupasan santai Saudara Hilal Ashraf (one of my favourite novelists) dalam novelnya 'Sinergi', berkenaan persahabatan. Formula persahabatan yang berdasarkan keimanan adalah 1+1=3. Kerana tanda '+' itu adalah 'iman'. Maka dua sahabat yang dihubungkan dengan keimanan tidak menjadi hanya mereka berdua, tetapi akan hadir satu lagi nilai tambah, iaitu keimanan. Maka persahabatan menjadi berganda-ganda nilainya:)

Persahabatan dalam Islam ada peringkat-peringkatnya. Peringkat yang paling tinggi adalah mencintai sahabat lebih dari diri sendiri, dan yang paling rendah (selemah-lemah ukhuwah) adalah berlapang dada dan bersangka baik.

Ada satu kisah dalam perang Yarmouk, tentang ukhuwah atas keimanan. Abdullah Ibn Mas'ud menceritakan bahawa apabila Ikrimah Ibn Abu Jahal gugur, ada lelaki yang memberinya air, tapi belum sempat air diteguknya, kedengaran suara Suhail Ibn Amr meminta air. Ikrimah berkata 'Berikan air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Kemudian, apabila pembawa air itu sampai kepada Suhail, kedengaran pula suara Haris Ibn Hisyam. Ketika itu, Suhail berkata 'Berikanlah air itu kepadanya, mungkin dia lebih memerlukan'. Kemudian pembawa air itu bergerak kepada Haris, tetapi dia mendapati yang Haris telah meninggal dunia. Kemudian dia kembali kepada Suhail, dan Suhail juga telah meninggal dunia. Dia kembali kepada Ikrimah, Ikrimah juga sudah tiada. Bolehkan kita membayangkan tahap keimanan mereka ini? Ada riwayat yang mengatakan, apabila manusia sedang nazak, kalau disuakan air 7 lautan pun, tetap tak akan hilang dahaganya. Tetapi, lihatlah Ikrimah dan Suhail, di saat nazak pun, masih melebihkan sahabat mereka. Subhanallah...

Itulah dia persahabatan atas keimanan. Apakah tahap persahabatan kita? Tepuk dada, tanyalah iman...

No comments:

Post a Comment